Cari Blog Ini

Memuatkan ...

TV @ FARDHU TV online- Saudi Quran tv channel live online

CLIK TONTON TV ISLAM

Rabu, 23 April 2014

detik-detik terakhir wafatnya nabi muhammad rosululloh saw

 
8 PERKARA DARI ALLAH BUAT UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-


1)     Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2)    Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3)     Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4)     Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu
5)     Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu.
6)     Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7)     Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8)     Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu
Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash

A Film On The Life Of Holy Prophet Mohammed(P.B.U.H) Movie: The Message(In English)

Popular Posts

Blog list