VIDIO PILIHAN

Cari Blog Ini

TV @ FARDHU TV online- Saudi Quran tv channel live online

CLIK TONTON TV ISLAM

Khamis, 10 Julai 2014

Penjaga Makam bercita-cita Menjadi Sejarawan

 Oleh: Rudy Herman Sinen
Disiarkan di: Majalah Sarina (Karangkraf), December 2004. In PDF (750KB)

Ahmad Ridhwan mempunyai satu kegemaran yang agak pelik. Beliau selalu meluangkan masanya menjaga sebuah makam yang terletak di Chinatown, Singapura, tidak jauh dari Tanjong Pagar.

Walaupun umurnya baru 17 tahun, Ahmad Ridhwan sudah menjaga makam sejak umurnya 12 tahun, iaitu sudah 5 tahun lamanya. Sejak 5 tahun itu, usaha beliau bukan sahaja menjaga tetapi membersihkan dan mencantikkan kawasan makam yang dulunya sangat kotor dan terbiar.

Makam yang selama ini Ahmad Ridhwan menjaganya ialah Makam Syarifah Rugayah, cucu kepada Habib Noh Al Habshee.




Habib Noh ialah seorang ulama dan wali Allah yang masyhur yang hidup semasa abad ke-19 di Singapura. Makamnya yang terletak di puncak sebuah bukit di Palmer Road di kawasan Tanjong Pagar, Singapura merupakan bukti ketokohannya yang diabadikan dan dimuliakan sehingga kini.

Menurut kisah yang ditulis oleh cicit saudara Habib Noh, Syed Abdullah Bin Ahmad Al Attas, hasil dari perkahwinan Habib Noh dengan Anchik Hamidah, beliau dikurniakan dengan seorang anak perempuan. Anaknya itu diberi nama Sharifah Badaniah.

Kemudian, Sharifah Badaniah berkahwin pula dengan seorang lelaki dari Jelutong, Penang, Syed Mohammad Bin Hassan Al Shatri. Pasangan ini mendapat seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Sharifah Rugayah. Maka Sharifah Rugayah adalah cucu tunggal kepada Habib Noh.

Makam Sharifah Rugayah tidak seperti Makam Habib Noh yang terletak di puncak bukit dan dijaga dengan sempurna. Ia hanya sebuah kuburan di belakang sederet rumah kedai lama. Makamnya kini di dalam kawasan sebuah taman, Duxton Plain Park. Agak pelik juga apabila anda mendapati hanya ada sebuah kuburan di dalam taman yang tidak dibongkar dan diusik sejak seratus tahun lamanya.
Namun, yang menariknya, mengapa pula makam ini dijaga oleh seorang penjaga remaja? Ahmad Ridhwan, mengakui bahawa beliau menjaga makam atas dorongan untuk menunaikan amanah. Apakah amanah yang dimaksudkannya? Beliau yakin bahawa amanah itu datangnya dari Habib Noh kepadanya melalui mimpi.

Sepanjang hidup Ahmad Ridhwan, beliau tidak pernah ke Makam Habib Noh, apatah lagi berminat untuk mengetahui perihal makam-makam lain yang terdapat di Singapura. Tanpa diduga, satu peristiwa berlaku pada malam tanggal 2 April 1999 yang mengubah minatnya sehingga kini.

Malam itu merupakan hari Khamis malam Jumaat. Beliau bermimpi didatangi seorang yang berjubah dan berserban serba putih. Orang itu bercakap sesuatu kepadanya dalam bahasa Arab. Tetapi kemudian, dia bercakap dalam bahasa Melayu, yang kata-kata itu masih terlekat di ingatan Ahmad Ridhwan sehingga kini.

“Saya adalah Habib Sayyid Noh Bin Mohamad Al Habshee. Saya ingin kamu mencari dan selamanya menjaga makam cucu tunggal saya, Sharifah Rogayah Binti Sayyid Mohamad Al Shatri. Ia terletak tidak jauh dari tempatku… Tanjong Pagar. Carilah, kamu akan menemuinya.”
Begitulah dialog di dalam mimpi orang yang memperkenalkan dirinya sebagai Habib Noh. Sejurus selepas terjaga dari tidur, Ahmad Ridhwan tidak mengerti apa maksud dan ta’bir mimpi itu. Malah, beliau pun tidak mengetahui siapakah Habib Noh itu.

Pada pagi Jumaat itu, beliau terus bertemu dengan seorang yang bergelar Pak Ali, seorang lagi penjaga makam di kawasan lain yang beliau kenal. Pak Ali sanggup membawa Ahmad Ridhwan ke Makam Habib Noh. Setelah mendapat izin keluarganya, Ahmad Ridhwan bersama Pak Ali ke Makam Habib Noh. Bagi Ahmad Ridhwan, ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Makam Habib Noh yang mulia itu. Malah sebelum ini, beliau pun tidak pernah dengar dan kenal siapa Habib Noh itu.

Setelah ke Makam Habib Noh, beliau masih tidak tahu di manakah letaknya Makam Sharifah Rugayah seperti yang disebutkan di dalam mimpi. Bagaimanakah beliau harus mulakan pencarian ini? Masih belum ada jawapannya.

Tiba-tiba terdetik di hatinya untuk ke sebuah kedai buku, kalau-kalau ada buku mengenai makam itu. Setelah menunaikan solat Jumaat, beliau ke sebuah kedai buku di Stamford Road (dulunya kedai buku MPH Stamford Road) dengan harapan agar bertemu dengan apa saja maklumat mengenai makam itu.

Seolah-olah dimudahkan urusannya, Ahmad Ridhwan terjumpa sebuah buku daftar nama-nama jalanraya. Di dalam buku itu dengan jelas disebutkan Makam Sharifah Rugayah terletak di Duxton Plain Park.

Alangkah bersyukurnya beliau, hatinya seperti didorong-dorong untuk terus bergegas ke Duxton Plain Park, walaupun beliau tidak tahu di mana Duxton Plain Park. Setelah bertanya-tanya, akhirnya beliau sampai di Duxton Plain Park.

Kawasan taman itu luas, beliau masih perlu mencari di mana makam itu. Semasa melangkah masuk ke taman itu, beliau terhidu bauan harum. Hatinya semakin yakin, semangatnya kian membara. Lalu diekori haluan bau harum itu. Tidak lama kemudian, lalu terbujur di hadapan matanya sebuah kuburan yang tertulis “Shrine of Sharifah Rogayah (1891)”.

Sejak hari itulah, beliau terus menjaga makam itu. Menurut, Ahmad Ridhwan, keadaan makam itu tidak terurus semasa dijumpainya. Maka setiap hari dan hujung minggu selepas sekolah, beliau akan ke makam untuk membersihkan dan menjaga kesucian kawasan makam itu.
Menurut Ahmad Ridhwan, beliau pernah didatangi seorang tua yang mengaku dirinya pernah tinggal di kawasan Duxton Plain. Mengikut ceritanya, Makam Syarifah Rugayah dibina dan dijaga oleh seorang yang berasal dari Hadramaut, Syed Mohammad Alkaff sekitar tahun 1914 hingga 1940an.

Walaupun, Makam Sharifah Rugayah tidak dikenali umum, ada juga yang datang menziarahi dan membantu membersihkannya. Ada juga orang yang membantunya mengecat semula dapur-dapur makam itu dan menukarkan kain di batu nisan.


Tetapi sejak kisah Makam Syarifah Rugayah ini dilaporkan di dalam akhbar dan rancangan televisyen di Singapura, semakin ramai orang yang datang berziarah.

Namun, dalam pada terdapat orang yang membantu, ada juga orang yang mencemar kesucian makam itu. Seperti kebiasaan berlaku di makam, ada yang datang membuat pemujaan, minta nombor ekor dan berbagai amalam karut-marut yang dilakukan di kawasan makam, terutama pada waktu malam. Ada juga kumpulan samseng cina yang membuat pemujaan di sana.

Padanya, itu adalah dugaan yang harus dilaluinya dengan kesabaran. Tidak ada ganjaran yang diharapkannya.

Hatinya yang tulus ikhlas memelihara Makam Syarifah Rugayah mendapat ucapan terima kasih dari para pengunjung. Malah ada dua peristiwa yang menambahkan keyakinannya dan usahanya untuk terus menjaga makam.

Pada 31 Jun 2001, Ahmad Ridhwan sekali lagi bermimpi Habib Noh. Di dalam mimpi itu, Habib Noh mengucapkan terima kasih kepadanya kerana berusaha mencari makam cucunya dan terus menjaga makam itu.

Satu lagi peristiwa berlaku pada 11 Ogos 2002 di Makam Syarifah Rugayah hampir waktu maghrib. Waktu itu hujan gerimis dan Ahmad Ridhwan sedang membersihkan kawasan makam. Tiba-tiba, bahunya ditepuk dari belakang. Tapi kepalanya terasa berat untuk menoleh ke belakang.

Ahmad Ridhwan mendengar suara seorang wanita berkata-kata kepadanya. Wanita itu menggelarkan dirinya “Ummi” dan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Ridhwan. Sejurus selepas itu, beliau bleh menoleh ke belakang. Tapi yang dilihatnya hanya kepulan-kepulan kabus yang berterbangan.

Mungkinkah itu Syarifah Rugayah atau bukan? Wallahualam. Bagi Ahmad Ridhwan, apa yang dilakukannya hanyalah demi menunaikan amanah. Sebab itu, walaupun dalam kesibukannya bersekolah, Ahmad Ridhwan tetap meluangkan masa untuk ke makam. Paling tidak, beliau akan ke sana pada hujung minggu.

Seperti remaja lain, Ahmad Ridhwan bercita-cita untuk menjadi seorang Sejarawan. Dan beliau berharap dengan keberkatan makam ini cita-citanya dapat tercapai. Kehidupan Wanita di Alam Barzakh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash

A Film On The Life Of Holy Prophet Mohammed(P.B.U.H) Movie: The Message(In English)

http://www.tubeislam.com/
View Larger Map # Ceramah Melayu # Ceramah Inggeris # Bacaan Zikir, Selawat, Doa Qunut, Qasida & Nasyid # Bahan Teks dan Dokumen http://habibahmadismail.com/ website website website http://muhdkamil.org/ http://fenditazkirah.blogspot.com/2012/11/hijrah.html klik stop radio

Popular Posts

Blog list