VIDIO PILIHAN

Cari Blog Ini

TV @ FARDHU TV online- Saudi Quran tv channel live online

CLIK TONTON TV ISLAM

Isnin, 29 September 2014

Nikola Tesla - The secrets hidden in the pyramids of Egypt

Jumaat, 22 Ogos 2014

Ali Napoleon Bonapart..adalah seorang Muslim

Pada 2 Jun 1798 Napoleon Bonapart bersama angkatan tenteranya mendarat di Alexandria dan terus mara ke Kaherah. Sebulan selepas itu atau tepatnya pada 2 July 1798 Napoleon Bonapart mengumumkan kepada dunia bahawa dirinya sudah menjadi seorang Islam. Antara kata-katanya.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tiada Tuhan selain Allah, ia tidak beranak dan ia mengatur segala makhluknya tanpa pendamping”.
Katanya lagi. “Dengan penuh kepastian saya menjelaskan kepada anda bahawa saya adalah seorang Muslim. Dan saya memuliakan Nabi Muhamad serta mencintai orang-orang Islam.”
Seterusnya beliau mengumumkan nama barunya Ali Napoleon Bonapart. Tindakan beliau seterusnya menghapuskan tentera salib di tanah jajahannya termasuk Eropah, Afrika Utara dan Mesir.
Berita Napoleon Bonapart menjadi Muslim disiarkan dalam harian resmi Prancis, Le Moniteur Universel. Disebutkan bahwa Napoleon resmi menjadi Muslim pada 1798. Berita inilah yang kemudian dimuat dalam buku Satanic Voices - Ancient and Modern karya David Musa Pidcock yang terbit pada tahun 1992.

Kisah Napoleon Bonapart masuk Islam turut dimuat dalam buku Bonaparte and Islam atau versi Prancisnya, Bonaparte et Islam, tulisan Christian Cherfils.
Selama berada di Mesir Ali Napoleon Bonapart sering menghadiri majlis ilmu termasuk sambutan maulidur rasul dan beliau memakai jubah dan serban.
Tiga tahun sahaja Ali Napoleon Bonapart berada di Mesir selepas itu beliau pulang ke Perancis dan melantik wakilnya untuk memerintah Mesir. Tidak lama kemudian British berjaya menghalau askar Perancis dari Mesir.

Ada yang mengatakan Ali Napoleon Bonapart mengaku Islam hanya sebagai retorik untuk menarik hati rakyat Mesir supaya menyokongnya. Siapalah kita menuduh Ali Napoleon Bonapart hanya pura-pura dan tidak ikhlas dalam ucapannya.

Nabi Muhamad saw sendiri membebaskan tawaran perang atau musuhnya apabila mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan mengaku Muhamad itu pesuruh Allah. Ada sahabat berkata, mungkin itu helah musuh untuk melepaskan diri. Kemudian mereka berpaling tadah semula.
Kata nabi, kita harus menerima pengakuannya selepas itu atau apa yang berlaku selepas itu adalah urusan antara dia dengan Allah…




Kasih sayang Nabi Muhamad saw itu dicontohi pahlawan Islam selepas baginda wafat termasuk Salahuddin Al Ayubi yang mana setelah berjaya menakluk Jerusalem, tawanan perang yang mahu masuk Islam dibebaskan…
Kalau tawanan perang yang mengaku Islam dibebaskan apatah lagi pemimpin atau pemerintah seperti Napoleon Bonapart yang mengaku tidak ada tuhan selain Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah…

Penulisan novel Napoleon Bonapart sudah siap semoga dapat diterbitkan tidak lama lagi…
Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash

A Film On The Life Of Holy Prophet Mohammed(P.B.U.H) Movie: The Message(In English)

http://www.tubeislam.com/
View Larger Map # Ceramah Melayu # Ceramah Inggeris # Bacaan Zikir, Selawat, Doa Qunut, Qasida & Nasyid # Bahan Teks dan Dokumen http://habibahmadismail.com/ website website website http://muhdkamil.org/ http://fenditazkirah.blogspot.com/2012/11/hijrah.html klik stop radio

Popular Posts

Blog list