Jumaat, 28 Februari 2014
Rabu, 26 Februari 2014
Dajjal dijumpai di Gua Pulau Socotra Yaman
Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.
Bentuk Fizikal Dajjal
Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.
Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar.
Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.
Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.
Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Pulau Socotra-Yaman Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya. Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu. Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?” Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini. “Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.” Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: |
Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata:
“Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal.
Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam
Pulau Socotra Di Yaman
Dalam bahasa tempatan Dam al-Akhawain bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok ini berharga kerana getah nya yang berwarna merah digunakan sebagai pembuatan ubat dan kosmetik. Pokok nya begitu cantik dan unik.
Pokok Daragon's Blood ini ialah salah satu diantara 900 spesis pokok yang sangat pelik dan popular di pulau Socotra. Bila ke sini seperti pergi ke planet, teori sebahagian pengalisa menyatakan pulau ini mungkin tempat asal dajjal di kurung waktu dulu.
Wallahu a’lam
sumber:
http://oopssmedia.blogspot.com/2013/11/misi-mencari-dajjal-di-gua-pulau.html
Rabu, 12 Februari 2014
Selasa, 11 Februari 2014
Dialog Terbuka Forum Kiai Muda Jatim vs KH. Said Aqil Siradj
Dialog Terbuka Forum Kiai Muda Jatim vs KH. Said Aqil Siradj
Isnin, 10 Februari 2014
Muhasabah haji ..PROF MOHD KAMIL IBRAHIM
Prof Kamil: 'Saya impikan semua Muslimin masuk syurga'
Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim bersama keluarganya. - Foto oleh Safwan
Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim bersama keluarganya. - Foto oleh Safwan
Apa lagi, beliau juga pernah melalui jalan kelam sebelum menemui sinar setelah bersungguh-sungguh meminta hidayah dan nyata hidayah itu perlu dicari bukannya bergolek begitu sahaja. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, cendekiawan yang kini menumpahkan ilmu dan pengalaman di sebuah Universiti di Madinah.
“Sering kali saya menitiskan air mata mengenangi jalan kehidupan yang pernah dilalui, Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, ia berombak-ombak di antara keinginan menjadi manusia soleh dan kejahilan diri.
“Saya tidak tahu membaca al-Quran, jika adapun hanya beberapa surah ringkas yang telah dihafal semenjak kecil. Itu pun kerana ayah yang mengajar mengaji dan sembahyang. Namun ia hanya sekadar di situ tanpa ilmu yang lebih lanjut.
“Ilmu agama yang saya peroleh hanyalah berkisar pembelajaran di sekolah rendah, MRSM dan universiti. Itulah yang membentuk pengetahuan asas hingga saya dewasa.
"Namun ia berbeza dengan kejayaan pendidikan rasmi dengan saya berjaya tamat persekolahan rendah dalam masa lima tahun sahaja. Kemudiannya saya muncul sebagai pelajar terbaik dan kedua terbaik kumpulan semasa mengikuti program Diploma dan Sarjana Muda.
“Malahan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana sebulan lebih awal dari masa yang sepatutnya. Manakala PhD pula dianugerahkan selepas 32 bulan mendaftarkan diri. Dalam kerjaya pula, jawatan profesor dianugerahkan ketika umur mencecah 39 tahun.
“Dengan segala pencapaian yang ada, saya tidak menitikberatkan soal agama, kadang-kadang menyegerakan sembahyang dengan kaedah sendiri. Sembayang laju tanpa doa, wirid dan ia benar-benar minimun. Amalam-amalan saya hanya menyentuh perkara wajib yang kadang-kadang tertinggal juga solat tanpa rasa bersalah,” jelas Prof Kamil yang tidak segan membuka kisah silamnya walaupun ia sebenarnya sangat peribadi kerana mahu orang yang membaca ceritanya sedar bahawa masih tidak terlambat bertaubat kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Doa isteri
Namun benarlah kata pujangga, di sebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita dan beliau yang dimaksudkan ialah isterinya Raudzah atau lebih dikenali sebagai Roza dalam penulisannya di blog. Roza karakternya sangat penyabar dan sentiasa menasihati ke arah kebaikan malahan sentiasa bangun malam solat Tahajud dan berdoa supaya Allah membuka pintu hati suaminya untuk berjihad di jalan Allah.
“Ada peristiwa di mana pada Disember 2003, semua mereka berjawatan Profesor Madya dipanggil temu duga untuk jawatan Profesor Gred Khas C. Mengetahui keinginan saya, Roza menasihati saya supaya berdoa memohon ALLAH supaya dianugerahkan jawatan profesor. Jadi, saya mula sembahyang sunat hajat manakala Roza membeli buku-buku ringkas menceritakan kelebihan bersembahyang di waktu tengah malam.
“Setelah 12 bulan menunggu, akhirnya pengumuman telah di buat dan saya antara 13 profesor yang dilantik dengan tunggakan melebihi RM80,000. Peristiwa ini seolah-olah menyedarkan saya dengan rahmat ALLAH. Ketika inilah saya bertekad untuk menunaikan haji bersama-sama Roza yang berdoa selama enam tahun untuk saya merealisasikan impiannya ini.
“Hati saya melonjak-lonjak untuk ke sana namun perasaan takut juga bersilih ganti memikirkan diri yang jahil malahan ada segmen penceritaan yang menggambarkan Makkah adalah tempat pembalasan bagi yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ semasa hayat mereka,” jelas beliau lagi yang sentiasa berfikir mengapa fardu haji tidak menjadi penyebab sesetengah golongan masih kekal dalam hidup cara lama, seolah-olah haji tidak membawa perubahan kepada hidup mereka.
Sembahyang taubat
Bagi Prof Kamil sendiri, keinginannya untuk menunaikan fardu haji menggamit hatinya untuk beribadat menyembah ALLAH yang maha esa, bertaubat sesungguh hati dengan menyesali kealpaan diri sendiri yang jauh daripada Allah. Sememangnya dia berdoa dari hati yang paling dalam supaya ALLAH mengampuni dan merahmatinya.
“Hampir kesemua rencana atau ceramah mengatakan kita perlu bertaubat meminta ampun dengan sepenuh hati, berasa berdosa, berniat untuk tidak mengulangi dan kalau boleh menangis serta meratapi dirinya. Ratapan ini pula seharusnya dari bisikan dan suara jiwa dalamannya.
“Dikatakan dosa seseorang hamba kepada ALLAH akan terampun jika syarat-syarat ini dipatuhi, ini dinamakan taubat nasuha. Kita biasa menyebut “Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku” selepas sembahyang fardu sebagai rutin doa. Ia kata-kata di bibir yang tidak turun ke hati.
“Jadi, solat sunat taubat dijadikan kemestian menggunakan Doa Taubat Besar dengan menyebut ‘dosa-dosaku’ manakala hati dan minda membayangkan perkara yang telah berlaku selama ini. Doa yang dibaca pula dengan nada sebak namun bukan dalam tangisan. Terasa keikhlasan doa masih belum mencukupi.
“Hari pertama, hari kedua, minggu pertama, minggu ketiga dan bulan pertama, setiap hari berdoa dan berdoa agar ALLAH memberi petunjuk dalam konteks menitiskan air mata. Mungkin ada yang mengatakan ‘kita berdoa, terima atau tidak terpulang kepada ALLAH, mustahil untuk kita mengetahuinya.
“Bagaimanapun, hati tidak fikir begitu. Saya percaya orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan akan terasa apabila doanya di dengari. Namun ia tidak boleh digambarkan dan pada Mei 2006, saya berada di Florence, Itali bersama Roza kerana membentangkan kertas kerja. Selama seminggu di sana meneruskan rutin Qiamullail dengan bersembahyang sunat tahajud, hajat dan taubat.
“Malam terakhir di Itali, saya mengambil wuduk dan bersembahyang sunat, tatkala berdoa ‘Ya ALLAH, aku memohon keampunanmu Ya ALLAH, aku mohon keampunanmu Ya ALLAH, aku memohon keampunanmu Ya ALLAH. Ya ALLAH aku bertaubat kepadamu daripada segala dosa yang telah aku lakukan’. Akhirnya air mata bercucuran tanpa dipaksa-paksa. Anugerah ALLAH yang tidak terbandingnya malahan minda terbayang dan yakin ALLAH mendengar permintaan hambanya dan memberi isyarat dalam keadaan yang tidak dijangkakan.
“Itulah perasaan yang menusuk kalbu. Benar atau tidak seluruh tubuh merasai kenikmatan bertaubat terutamanya ketika air mata menitis membasahi pipi. Tidak dapat digambarkan saya mampu bertaubat seindah ini. Ia berlaku ketika mahu menunaikan fardu haji,” jelasnya yang khatam Quran buat pertama kali ketika berada di Masjidil Haram, di hadapan Kaabah.
Buku Travelog Haji tulisan Prof. Kamil mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan bermula mereka yang mahu menunaikan haji menjadikannya panduan sehinggalah mereka yang mula mencari ‘Nur’ untuk kembali ke jalan yang benar.
“Saya sentiasa berdoa agar ia menjadi ilmu yang bermanfaat dan terharu dengan sambutan yang diberi. Akhirnya saya membuat sedikit kesimpulan tentang kuasa doa. Ia senjata umat Islam yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT.
“Sejak ia diterbitkan, saya bertemu ribuan kenalan baru, malah dijemput untuk berceramah di merata tempat, bermula di RTM1, surat bukit Jelutong Shah Alam sehinggalah ke Doha, Glasgoq, Leicester dan pelbagai majlis ilmu yang lain.
“Saya sentiasa berdoa agar pembaca tidak merasakan tulisan ini membuatkan mereka merasakan saya dalam golongan takbur, riak dan angkuh. Bagaimanapun Allah memberi keyakinan untuk memulakan dan menyudahkan penulisan ini setelah menerima beberapa pandangan.
“Pelbagai petunjuk ketika berada di Makkah dan Madinah saya abadikan dalam bentuk tulisan untuk mewar-warkan keagungan, keesaan dan kehebatan ALLAH SWT kepada semua khalayak. Ia adalah anugerah dan saya mohon keampunannya jika kelihatan egoistik, riak, angkuh dan sombong kerana saya benar-benar tidak berniat begitu.
“Saya impikan masuk syurga tanpa dihisab. Hampir setiap malam saya berdoa agar isteri dan anak-anak juga ikut serta bersama ayah dan wan, abah dan mak, adik-beradik, ipar-duai, guru-guru, anak-anak murid dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat,” katanya lagi yang meletakkan nombor telefonnya untuk dihubungi tanpa sebarang orang perantaraan. Malahan Prof Kamil akan memberikan ceramah secara percuma dengan satu syarat tidak mengenakan sebarang bayaran bagi orang yang mendengar perkongsiannya itu.
Aurat wanita
Setelah menyumbang jasa di bumi Malaysia, kini Prof.Kamil bersama isteri dan dua anaknya menabur bakti di Madinah pula dan menyaksikan panorama yang berbeza daripada tanah tempat lahir. Bermula dengan bahasa, pertuturan, gaya hidup, makanan dan kehidupan wanita di sana sangat berbeza. Malahan beliau juga melihat perbezaan ini sebagai sikap Melayu yang mengamalkan alasan ‘tidak mengapa’ bagi mengabui hakikat sebenarnya.
“Di sini, amat jarang wanita berjalan berseorangan. Apatah lagi untuk berlegar-legar di pusat membeli belah tanpa kehadiran suami atau mahram. Tiada langsung wanita yang memandu kerana ia satu larangan. Hampir keseluruhan wanita Madinah berpakaian hitam. Berstoking. Bila keluar rumah, mereka menutup mulut dan hidung.
“Mungkin membosankan bagi kita yang sentiasa melihat warna-warni dalam pakaian wanita. Namun di mata saya wajah begitu sangat bercahaya, begitu juga tutur katanya. Misalnya, saya selalu menyebut di Malaysia, ‘apakah tanda pakaian seorang wanita sudah sempurna? Mudah sahaja, apabila masuk masjid atau di mana-mana sahaja kita boleh terus solat’.
“Berada di Tanah Haram, mata saya tidak melihat aurat wanita. Namun beberapa hari yang lepas, kami berseminar di sebuah hotel di tanah halal. Masuk sahaja ke lobi, mata terus tertangkap kepada wanita-wanita yang kelihatan sangat asing.
“Begitulah, wanita berbaju hitam di Malaysia kelihatan sangat asing, di sini wanita yang tidak berbaju hitam kelihatan janggal. Sekurang-kurangnya di mata saya, hitam, putih, kelabu, hijau atau lain-lain warna adalah nikmat kurniaan ALLAH yang terpancar pada pakaian. Soalnya, apakah pakaian itu sudah sempurna?
“Bila tetamu berkunjung ke rumah, Roza sering bertanya tetamu wanita, “Di sini kita bersungguh-sungguh menjaga aurat, jaga rambut, jaga kaki dan jaga segala-galanya. Masih mahukah kita memakai kebaya bila pulang nanti? Masih sanggupkah kita memakai kain terbelah betis? Kenapa di lapangan terbang sudah membuka stokin?” akhiri Prof.Kamil lagi dengan niat mahu menegur supaya semua wanita menjaga auratnya dengan bersungguh-sungguh tidak hanya ketika menunaikan ibadat di Makkah sahaja.
* Dipetik dari majalah NUR edisi September