VIDIO PILIHAN

Cari Blog Ini

TV @ FARDHU TV online- Saudi Quran tv channel live online

CLIK TONTON TV ISLAM
Memaparkan catatan dengan label MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU TAUHID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU TAUHID. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU TAUHID

MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU TAUHID

1) Soal:- Apakah maksud tauhid?.

Tauhid itu bermaksud mengesakan Allah. Maksud esa adalah satu atau tunggal. Ilmu tauhid adalah ilmu yang berasaskan kepada mengesakan Allah, dengan cara penyerahan segala sifat, af'al, asma' dan zat (roh), supaya ianya menjadi satu dalam wajah Allah (wahdatul zat, sifat, af'al dan asma' Allah).

Pokok ajaran Islam yang pertama adalah tauhid. Tafsiran syarak ada mengesakan bahawa, agama itu mestilah berasaskan tauhid. Tauhid pula, adalah bermaksud bagi menyatukan semua perkara, supaya ianya menjadi satu sifat, satu nama, satu kelakuan dan satu zat di bawah satu wajah Allah. Sehingga sampai kepada tahap, zatNya adalah juga merupakan sifatnya, manakala sifatnya pula
adalah juga merupakan zatNya. NamaNya adalah kelakuanNya, manakala kelakuanNya pula, adalah juga merupakan namaNya, begitulah sebaliknya.

Setiap makhluk mempunyai zatnya sendiri, banyak sifat makhluk, maka banyaklah zat, perangai dan banyaklah namanya. Sungguhpun banyak, banyaknya itu terhenti pada sifat wajah Allah yang satu juga. Wahdahkan segalanya, supaya menjadi satu wajah Allah yang esa.

Esanya Allah itu, hanya dapat diterjemahkan melalui ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah). Tanpa ilmu makrifat, Allah tidak akan dapat diterjemah keesaannya. Tanpa makrifat juga, ilmu tauhid tidak akan dapat diterjemah.

2) Soal:- Apakah asas Tauhid?.

Tauhid itu berasaskan kepada hukum syarak, hukum syarak pula, berasaskan kepada Islam, manakala Islam pula berasaskan pula kepada tiga perkara rukun;

1. Islam. ( ada 5 perkara rukun)
2. Iman. (ada 6 perkara rukun)
3. Ihsan. (kesempurnaan dalam semua rukun)

Apakah yang terkandung dalam rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Sembahyang liriha waktu.
3. Puasa dibulan Ramadhan.
4. Menunaikan zakat.
5. Menunaikan fardhu haji.

Apakah yang terkandung dalam rukun iman:

1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Rasul.
3. Percaya kepada Kitab AI-Quraan.
4. Percaya kepada Malaikat.
5. Percaya kepada Hari Akhirat.
6. Percaya kepada Qadho dan Qadar.

Apakah yang terkandung dalam ihsan:

Ihsan itu apabila kita melihat Allah. Andainya kita tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah
melilhat kita.

Di dalam keadaan kita memandang sifat makhluk dam, sekiranya kita tidak boleh nampak wajah Allah pada sesuatu yang kita pandang itu, sesungguhnya kita itu adalah dari golongan yang benar-benar buta, yang telah dibutakan mata hatinya oleh sifat makhluk. Allah mewajibkan kita memandangNya dengan pandangan makrifat, iaitu dengan pandangan ihsan dan melihat dengan penglihatan dan tilikan dengan pandangan ihsan, disitu kita akan dapat melihat Allah pada segala sesuatu.

Sekiranya kita tidak dapat untuk memandang Allah melalui pandangan kita, anggaplah bahawa Allahlah pandangan itu.

Maksud Hadis:-


"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan lhsan atas segala sesuatu ".

Asas tauhid dengan segala syarat dan rukun, tidak membawa apa-apa erti dan makna, jika tidak disertai dengan ilmu mengenal Allah. Asas tauhid dengan segala macam syarat dan rukun itu, sebenarnya telah sedia ada ' di dalam diri masing-masing. Hanya yang buta mata hatinya sahaja, yang tidak dapat melihatnya. Hati yang tidak mengenal Allah itu, seumpama pokok yang tidak berakar dan seumpama akar yang tidak bertunjang. Asas atau tunjang segala ilmu itu, adalah ilmu mengenal Allah (makrifat).

Tanpa ilmu mengenal Allah dan mengenal diri (roh), ilmu tauhid tidak akan dapat untuk diterjemah atau ditafsirkan.

Andaikata rukun Islam yang lima itu, ditambah bilangannya menjadi 1001 rukun sekali pun, ianya tidak akan dapat membawa tauhid ke dalam diri, jika tidak disertai dengan ilmu makrifat. Andainya rukun iman yang enam itu, ditambah menjadi anggka 9999 rukun sekalipun, tidak sekali-kali membawa apa-apa erti, tanpa disertai ilmu mengenal diri sendiri (mengenal roh).

Bagi mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah sahaja, yang akan dapat menterjemah dan mentafsir rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam. Segala rukun dan syarat itu, akan terjawab dan akan terlerai apabila diri mengenal Allah. Oleh itu marilah sama-sama dengan penglihatan dan tilikan dengan pandangan ihsan, disitu kita akan dapat melihat Allah pada segala sesuatu.

Sekiranya kita tidak dapat untuk memandang Allah melalui pandangan kita, anggaplah bahawa Allahlah pandangan itu.

Maksud Hadis:-


"Sesungguhnya Allah telah mewajlbkan lhsan atas segala sesuatu ".

Asas tauhid dengan segala syarat dan rukun, tidak membawa apa-apa erti dan makna, jika tidak disertai dengan ilmu mengenal Allah. Asas tauhid dengan segala macam syarat dan rukun itu, sebenarnya telah sedia ada ' di dalam diri masing-masing. Hanya yang buta mata hatinya sahaja, yang tidak dapat melihatnya. Hati yang tidak mengenal Allah itu, seumpama pokok yang tidak berakar dan seumpama akar yang tidak bertunjang. Asas atau tunjang segala ilmu itu, adalah ilmu mengenal Allah (makrifat).

Tanpa ilmu mengenal Allah dan mengenal diri (roh), ilmu tauhid tidak akan dapat untuk diterjemah atau ditafsirkan.

Andaikata rukun Islam yang lima itu, ditambah bilangannya menjadi 1001 rukun sekali pun, ianya tidak akan dapat membawa tauhid ke dalam diri, jika tidak disertai dengan ilmu makrifat. Andainya rukun iman yang enam itu, ditambah menjadi anggka 9999 rukun sekalipun, tidak sekali-kali membawa apa-apa erti, tanpa disertai ilmu mengenal diri sendiri (mengenal roh).

Bagi mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah sahaja, yang akan dapat menterjemah dan mentafsir rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam. Segala rukun dan syarat itu, akan terjawab dan akan terlerai apabila diri mengenal Allah. Oleh itu marilah sama-sama

Kita hendaklah menjadikan Allah itu satu, satu pada wajah sifat, zat, af'al dan asma'Nya. Bagi yang tidak dapat mempelajari atau memahami ilmu mengesakan Allah (tauhid), hukumnya adalah "fasiq"!.


4) Cerita; Malaikat Jibrail mengajar Rasulullah tentang Islam, Iman dan Ihsan.

Dari Umar ra, berkata beliau, "ketika seoang duduk dihadapan Rasulullah, tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang berpakaian putih dan rambutnya sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas dari perjalanan jauh, dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya, sehingga ia duduk dihadapan Baginda Rasulullah dengan lututnya bersentuhan dengan lutut Baginda dan meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua paha Baginda Nabi lalu berkata=

Hadis:-


" Maka beritahukan kepadaku tentang lhsan. Nabi menjawab, lhsan ialah bahawasanya engkau memperhambakan diri kepada Allah saakan-akan engkau melihatnya, meskipun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya is melihat engkau ".

Tauhid kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap Ihsan, iaitu tahap membersihkan fikiran dari selain Allah.

Untuk sampai kepada tahap ihsan, kita dikehendaki terlebih dahulu melalui proses mengenal Allah. Selagi Allah belum dikenal, kita tidak sekali-kali akan dapat mentauhidkan Allah. Tauhid itu, adalah satukan (cantumkan) sekalian wajah makhluk ke dalam wajah Allah, supaya ianya menjadi satu wajah (wahdah).


Yang ada, yang ujud, yang wujud dan yang maujud itu, adalah sifat dan wajah Allah belaka. Segala nama-nama yang terpanggil di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam nama Allah. Segala sifat-sifat yang terzahir di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam sifat Allah. Segala kelakuan dan perangai yang berlaku di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam kelakuan Allah. Segala zat dan roh yang ada di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam zat Allah dan menjadi satu di dalam wajah Allah.

Seluruh isi alam ini menjadi binasa, dan menjadi esa, tunggal dan satu di bawah satu wajah. Seolah-olah semuanya berada dalam satu adunan dan terkamil di bawah satu wajah, satu nama, satu sifat, satu kelakuan dan satu zat. Sernua makhluk dan isi alam ini telah terkamil dibawah satu wajah Allah. Inilah yang dikatakan sebenar-benar esa dan sebenar-benar tauhid. Tidak ada lagi yang dipandang wujud di alam ini, melainkan wajah Allah yang satu. Jangan pula kita jadikan wajah Allah itu, di bawah satu kesatuan (union). Kita tidak boleh meletakkan Allah itu, di bawah kesatuan (union) mensyarikat, menduakan, menyekutukan Allah, tetapi kita meletakkannya menjadi satu, esa, sebati dan kamil dibawah keesaan wajah Allah yang esa.

Untuk mencapai tauhid yang sebenar, kita hendaklah terlebih dahulu mengenal ilmu makrifat. Selagi tidak mengenal Allah, selagi itulah kita tidak akan dapat menguasai ilmu tauhid (esa). Setelah sebenar-benar mengenal Allah dengan nyata, barulah menjadikan akal dan hati kita bertauhid kepada Allah, dengan sebenar tauhid (mengesakan Allah dari sebarang sifat). Setelah kita dapat menyatakan Allah dengan jelas, sekalian makhluk ini, akan jadi binasa dari fikiran dan akan jadi hilang dari pandangan hati. Yang ada pada ingatan dan pada pandangan hati kita diketika itu hanyalah Allah.




oleh Mohd Yosuff Cik Wook
Sumber ILMU MAKRIFAT Tok Kenali
Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash

A Film On The Life Of Holy Prophet Mohammed(P.B.U.H) Movie: The Message(In English)

http://www.tubeislam.com/
View Larger Map # Ceramah Melayu # Ceramah Inggeris # Bacaan Zikir, Selawat, Doa Qunut, Qasida & Nasyid # Bahan Teks dan Dokumen http://habibahmadismail.com/ website website website http://muhdkamil.org/ http://fenditazkirah.blogspot.com/2012/11/hijrah.html klik stop radio

Popular Posts

Blog list