VIDIO PILIHAN

Cari Blog Ini

TV @ FARDHU TV online- Saudi Quran tv channel live online

CLIK TONTON TV ISLAM

Selasa, 31 Januari 2012

Menapak Jejak Wali Allah

Menapak Jejak Wali Allah_Part 1


Menapak Jejak Wali Allah_Part 2.flv



Menapak Jejak Wali Allah_Part 3.flv

Isnin, 30 Januari 2012

MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU TAUHID

MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU TAUHID

1) Soal:- Apakah maksud tauhid?.

Tauhid itu bermaksud mengesakan Allah. Maksud esa adalah satu atau tunggal. Ilmu tauhid adalah ilmu yang berasaskan kepada mengesakan Allah, dengan cara penyerahan segala sifat, af'al, asma' dan zat (roh), supaya ianya menjadi satu dalam wajah Allah (wahdatul zat, sifat, af'al dan asma' Allah).

Pokok ajaran Islam yang pertama adalah tauhid. Tafsiran syarak ada mengesakan bahawa, agama itu mestilah berasaskan tauhid. Tauhid pula, adalah bermaksud bagi menyatukan semua perkara, supaya ianya menjadi satu sifat, satu nama, satu kelakuan dan satu zat di bawah satu wajah Allah. Sehingga sampai kepada tahap, zatNya adalah juga merupakan sifatnya, manakala sifatnya pula
adalah juga merupakan zatNya. NamaNya adalah kelakuanNya, manakala kelakuanNya pula, adalah juga merupakan namaNya, begitulah sebaliknya.

Setiap makhluk mempunyai zatnya sendiri, banyak sifat makhluk, maka banyaklah zat, perangai dan banyaklah namanya. Sungguhpun banyak, banyaknya itu terhenti pada sifat wajah Allah yang satu juga. Wahdahkan segalanya, supaya menjadi satu wajah Allah yang esa.

Esanya Allah itu, hanya dapat diterjemahkan melalui ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah). Tanpa ilmu makrifat, Allah tidak akan dapat diterjemah keesaannya. Tanpa makrifat juga, ilmu tauhid tidak akan dapat diterjemah.

2) Soal:- Apakah asas Tauhid?.

Tauhid itu berasaskan kepada hukum syarak, hukum syarak pula, berasaskan kepada Islam, manakala Islam pula berasaskan pula kepada tiga perkara rukun;

1. Islam. ( ada 5 perkara rukun)
2. Iman. (ada 6 perkara rukun)
3. Ihsan. (kesempurnaan dalam semua rukun)

Apakah yang terkandung dalam rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Sembahyang liriha waktu.
3. Puasa dibulan Ramadhan.
4. Menunaikan zakat.
5. Menunaikan fardhu haji.

Apakah yang terkandung dalam rukun iman:

1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Rasul.
3. Percaya kepada Kitab AI-Quraan.
4. Percaya kepada Malaikat.
5. Percaya kepada Hari Akhirat.
6. Percaya kepada Qadho dan Qadar.

Apakah yang terkandung dalam ihsan:

Ihsan itu apabila kita melihat Allah. Andainya kita tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah
melilhat kita.

Di dalam keadaan kita memandang sifat makhluk dam, sekiranya kita tidak boleh nampak wajah Allah pada sesuatu yang kita pandang itu, sesungguhnya kita itu adalah dari golongan yang benar-benar buta, yang telah dibutakan mata hatinya oleh sifat makhluk. Allah mewajibkan kita memandangNya dengan pandangan makrifat, iaitu dengan pandangan ihsan dan melihat dengan penglihatan dan tilikan dengan pandangan ihsan, disitu kita akan dapat melihat Allah pada segala sesuatu.

Sekiranya kita tidak dapat untuk memandang Allah melalui pandangan kita, anggaplah bahawa Allahlah pandangan itu.

Maksud Hadis:-


"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan lhsan atas segala sesuatu ".

Asas tauhid dengan segala syarat dan rukun, tidak membawa apa-apa erti dan makna, jika tidak disertai dengan ilmu mengenal Allah. Asas tauhid dengan segala macam syarat dan rukun itu, sebenarnya telah sedia ada ' di dalam diri masing-masing. Hanya yang buta mata hatinya sahaja, yang tidak dapat melihatnya. Hati yang tidak mengenal Allah itu, seumpama pokok yang tidak berakar dan seumpama akar yang tidak bertunjang. Asas atau tunjang segala ilmu itu, adalah ilmu mengenal Allah (makrifat).

Tanpa ilmu mengenal Allah dan mengenal diri (roh), ilmu tauhid tidak akan dapat untuk diterjemah atau ditafsirkan.

Andaikata rukun Islam yang lima itu, ditambah bilangannya menjadi 1001 rukun sekali pun, ianya tidak akan dapat membawa tauhid ke dalam diri, jika tidak disertai dengan ilmu makrifat. Andainya rukun iman yang enam itu, ditambah menjadi anggka 9999 rukun sekalipun, tidak sekali-kali membawa apa-apa erti, tanpa disertai ilmu mengenal diri sendiri (mengenal roh).

Bagi mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah sahaja, yang akan dapat menterjemah dan mentafsir rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam. Segala rukun dan syarat itu, akan terjawab dan akan terlerai apabila diri mengenal Allah. Oleh itu marilah sama-sama dengan penglihatan dan tilikan dengan pandangan ihsan, disitu kita akan dapat melihat Allah pada segala sesuatu.

Sekiranya kita tidak dapat untuk memandang Allah melalui pandangan kita, anggaplah bahawa Allahlah pandangan itu.

Maksud Hadis:-


"Sesungguhnya Allah telah mewajlbkan lhsan atas segala sesuatu ".

Asas tauhid dengan segala syarat dan rukun, tidak membawa apa-apa erti dan makna, jika tidak disertai dengan ilmu mengenal Allah. Asas tauhid dengan segala macam syarat dan rukun itu, sebenarnya telah sedia ada ' di dalam diri masing-masing. Hanya yang buta mata hatinya sahaja, yang tidak dapat melihatnya. Hati yang tidak mengenal Allah itu, seumpama pokok yang tidak berakar dan seumpama akar yang tidak bertunjang. Asas atau tunjang segala ilmu itu, adalah ilmu mengenal Allah (makrifat).

Tanpa ilmu mengenal Allah dan mengenal diri (roh), ilmu tauhid tidak akan dapat untuk diterjemah atau ditafsirkan.

Andaikata rukun Islam yang lima itu, ditambah bilangannya menjadi 1001 rukun sekali pun, ianya tidak akan dapat membawa tauhid ke dalam diri, jika tidak disertai dengan ilmu makrifat. Andainya rukun iman yang enam itu, ditambah menjadi anggka 9999 rukun sekalipun, tidak sekali-kali membawa apa-apa erti, tanpa disertai ilmu mengenal diri sendiri (mengenal roh).

Bagi mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah sahaja, yang akan dapat menterjemah dan mentafsir rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam. Segala rukun dan syarat itu, akan terjawab dan akan terlerai apabila diri mengenal Allah. Oleh itu marilah sama-sama

Kita hendaklah menjadikan Allah itu satu, satu pada wajah sifat, zat, af'al dan asma'Nya. Bagi yang tidak dapat mempelajari atau memahami ilmu mengesakan Allah (tauhid), hukumnya adalah "fasiq"!.


4) Cerita; Malaikat Jibrail mengajar Rasulullah tentang Islam, Iman dan Ihsan.

Dari Umar ra, berkata beliau, "ketika seoang duduk dihadapan Rasulullah, tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang berpakaian putih dan rambutnya sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas dari perjalanan jauh, dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya, sehingga ia duduk dihadapan Baginda Rasulullah dengan lututnya bersentuhan dengan lutut Baginda dan meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua paha Baginda Nabi lalu berkata=

Hadis:-


" Maka beritahukan kepadaku tentang lhsan. Nabi menjawab, lhsan ialah bahawasanya engkau memperhambakan diri kepada Allah saakan-akan engkau melihatnya, meskipun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya is melihat engkau ".

Tauhid kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap Ihsan, iaitu tahap membersihkan fikiran dari selain Allah.

Untuk sampai kepada tahap ihsan, kita dikehendaki terlebih dahulu melalui proses mengenal Allah. Selagi Allah belum dikenal, kita tidak sekali-kali akan dapat mentauhidkan Allah. Tauhid itu, adalah satukan (cantumkan) sekalian wajah makhluk ke dalam wajah Allah, supaya ianya menjadi satu wajah (wahdah).


Yang ada, yang ujud, yang wujud dan yang maujud itu, adalah sifat dan wajah Allah belaka. Segala nama-nama yang terpanggil di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam nama Allah. Segala sifat-sifat yang terzahir di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam sifat Allah. Segala kelakuan dan perangai yang berlaku di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam kelakuan Allah. Segala zat dan roh yang ada di alam ini, semuanya telah menjadi satu dalam zat Allah dan menjadi satu di dalam wajah Allah.

Seluruh isi alam ini menjadi binasa, dan menjadi esa, tunggal dan satu di bawah satu wajah. Seolah-olah semuanya berada dalam satu adunan dan terkamil di bawah satu wajah, satu nama, satu sifat, satu kelakuan dan satu zat. Sernua makhluk dan isi alam ini telah terkamil dibawah satu wajah Allah. Inilah yang dikatakan sebenar-benar esa dan sebenar-benar tauhid. Tidak ada lagi yang dipandang wujud di alam ini, melainkan wajah Allah yang satu. Jangan pula kita jadikan wajah Allah itu, di bawah satu kesatuan (union). Kita tidak boleh meletakkan Allah itu, di bawah kesatuan (union) mensyarikat, menduakan, menyekutukan Allah, tetapi kita meletakkannya menjadi satu, esa, sebati dan kamil dibawah keesaan wajah Allah yang esa.

Untuk mencapai tauhid yang sebenar, kita hendaklah terlebih dahulu mengenal ilmu makrifat. Selagi tidak mengenal Allah, selagi itulah kita tidak akan dapat menguasai ilmu tauhid (esa). Setelah sebenar-benar mengenal Allah dengan nyata, barulah menjadikan akal dan hati kita bertauhid kepada Allah, dengan sebenar tauhid (mengesakan Allah dari sebarang sifat). Setelah kita dapat menyatakan Allah dengan jelas, sekalian makhluk ini, akan jadi binasa dari fikiran dan akan jadi hilang dari pandangan hati. Yang ada pada ingatan dan pada pandangan hati kita diketika itu hanyalah Allah.




oleh Mohd Yosuff Cik Wook
Sumber ILMU MAKRIFAT Tok Kenali

Jumaat, 27 Januari 2012

Isnin, 16 Januari 2012

pengajian KH Abdul Rochim

pengajian KH Abdul Rochim1

pengajian KH Abdul Rochim2

pengajian KH Abdul Rochim3

pengajian KH Abdul Rochim4

pengajian KH Abdul Rochim5

pengajian KH Abdul Rochim6

pengajian KH Abdul Rochim7


pengajian KH Abdul Rochim8

pengajian KH Abdul Rochim9


pengajian KH Abdul Rochim 10



pengajian KH Abdul Rochim11

Pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 1 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 1 )


pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 2 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 3 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 4 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 5 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 6 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 7 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 8 )

pengajian maulid nabi SAW kyai mashudi ( 9 )

Ahad, 15 Januari 2012

Bagaimana cara untuk menzahirkan Allah?



Bagaimana cara untuk menzahirkan Allah?


Untuk menzahirkan Allah itu, adalah dengan cara membinasakan sifat makhluk, termasuk nama, kelakuan dan zatnya. Bilamana sifat makhluk itu, sudah didapati binasa, di situ barulah sifat Allah itu terzahir. Selagi adanya sifat makhluk, selagi itulah sifat Allah ticlak akan dapat kita zahirkan dantidak dapat kita pandang. Setelah semua makhluk yang bersifat baharu ini dibinasa dan dikembalikan kepada Allah, barulah dengan sendirinya sifat Allah itu, akan terzahir kepermukaan hati kita. Wajah Allah Taala itu, akan ternyata, terlihat danterpandang oleh hati, apabila sifat makhluk telah bertukar wajah, dari wajah makhluk kepada berwajah Allah.

Selagi adanya sifat diri kita dan selagi adanya sifat makhluk, selagi itulah sifat Allah tidak akan dapat kita lihat, pandang dan tidak akan dapat terzahir dipersada alam. Seumpama Nabi Musa melihat kepada bukit Thur Sina, apabila sifat bukit yang kita pandang itu, masih
terlihat berwajah bukit, wajah Allah tidak akan dapat kita pandang, seolah-olah ianya sudah terhijab dan terselindung di sebalik sifat bukit. Apabila sifat bukit yang kita lihat itu, tidak lagi kelihatan berwajah bukit, sudah terlebur dan binasa, di situlah wajah Allah akan dapat terlihat dan terpandang oleh mata hati kita.

Begitu juga apabila kita tiba-tiba terserempak dengan binatang buas, seumpama gajah atau harimau yang garang. Jika kita masih beranggapan yang gajah atau harimau itu, masih bersifat sebagai haiwan, semestinya kita akan berperasaan takut dan cemas. Jika kita anggap
sifat gajah atau harimau itu, sebagai wajah Allah, yang sama dengan wajah-wajah sekalian makhluk lainnya, sifatnya yang garang itu akan bertukar menjadi lemah.

Setelah sifat makhluk itu, tidak lagi kelihatan pada pandangan, barulah wajah Allah itu, boleh dilihat, dipandang dan digambarkan dengan jelas dan nyata melalui pandangan mata hati. Di situlah nantinya, apa yang kita pandang itu, akan ternampak Allah bersertanya.

Selepas sifat makhluk terpadam, karam danhilang ghaib di dalam wajah Allah, semua wajah makhluk yang kita lihat itu, akan terpandang wajah Allah. Pandang pada sifat gajah, akan ternampak wajah Allah. Pandang sifat bukit akan terlihat wajah Allah dan pandang pada sifat diri kita sendiri, akan terzahir wajah Allah. Malahan Allahlah yang meliputi sekalian alam. Di situlah nantinya barang kemana dan barang apa yang kita lihat, akan terpandang dan
terlihat wajah Allah bersertanya.

dipetik dari buku;
Ilmu Makrifat ( Tok Kenali Kelantan)
oleh Mohd Yusoff Cik Wook





SUMBER

http://senjatarohani.wordpress.com

Rute Keluar orang Israel dari Mesir; penemuan baru


Tempat penyeberangan orang Israel di Laut Merah dan Gunung Sinai di mana YAHWEH berbicara dengan api yang menyala-nyala diketemukan. Jauh berbeda dengan catatan tradisi. Sebuah team penyelidik purbakala yang dipimpin oleh seorang Kristen yang percaya bahwa Alkitab adalalah firman YAHWEH telah menemukan bukti-bukti yang mengejutkan.

Rute keluar, penemuan baru Rute keluar menurut tradisi

Sesudah lewat empat ratus tiga puluh tahun,… mereka berangkat dari Sukot dan berkemah di Etam; tepat di depan Baal-Zefon berkemahlah kamu, di tepi laut. Lalu Musa mengulurkan tangannya ke atas laut,; maka terbelahlah air itu. di Horeb; haruslah kaupukul gunung batu itu dan dari dalamnya akan keluar air …Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, karena YAHWEH turun ke atasnya dalam api; Dan YAHWEH memberikan kepada Musa, …di gunung Sinai, kedua loh hukum Elohim, loh batu, yang ditulisi oleh jari Elohim. (Kel 12:41; 13:20; 14:2,21;17:6; 19:18; 31:18)

Catatan: Gambar kanan atas adalah rute keluar penemuan terbaru, dan sedangkan kiri atas rute yang dipercayai secara tradisi. Pembesaran gambar-gambar bisa dilihat pada referensi yang tersedia di bawah.

Dari Gosyen ke tempat penyeberangan.

Tanah Gosyen adalah tempat yang dijinkan Firaun untuk keturunan Israel menetap ketika di tanah Kanaan terjadi kekeringan (Kej 46:34; 47:1-6). Catatan: Ayat-ayat diambil dari kitab Keluaran, selebihnya akan ditulis nama kitabnya.

Bulan pertama tanggal empat belas mereka mengadakan Paskah pertama (Passover) di rumah masing-masing (12:8), malam itu juga semua anak sulung orang Mesir (termasuk binatang) dibinasakan YAHWEH. Pada hari itu juga –paginya (satu hari = dari sore sampai sore) mereka berangkat keluar dari perbudakan (29-33,51).Kemudian berangkatlah orang Israel dari Raamses ke Sukot, kira-kira enam ratus ribu orang laki-laki berjalan kaki, tidak termasuk anak-anak. ( 12:37) Demikianlah mereka berangkat dari Sukot dan berkemah di Etam, di tepi padang gurun.(13:20 ) Elohim tidak menuntun mereka melalui jalan ke negeri orang Filistin, walaupun jalan ini yang paling dekat; … Tetapi Elohim menuntun bangsa itu berputar melalui jalan di padang gurun menuju ke Laut Teberau / through the way of the wilderness of the Red sea (13:17-18) untuk menghindari perang yang terlalu awal. Padang gurun ini (wilderness of the Red Sea) dikenal sebagai Gurun Sinai atau Sinai Paninsula ialah daerah antara dua tangan (Teluk Zues dan Teluk Aqaba) dari Laut Merah. Wilayah Etam meliputi juga bagian timur dari Teluk Aqaba seperti tertulis, Mereka berangkat dari Etam, lalu balik kembali ke Pi-Hahirot yang di depan Baal-Zefon, kemudian berkemah di tentangan Migdol. Mereka berangkat dari Pi-Hahirot dan lewat dari tengah-tengah laut ke padang gurun, lalu mereka berjalan tiga hari perjalanan jauhnya di padang gurun Etam, kemudian mereka berkemah di Mara. (Bil 33:7-8 )

Berfirmanlah YAHWEH kepada Musa, demikian: “Katakanlah kepada orang Israel, supaya mereka balik kembali dan berkemah di depan Pi-Hahirot, antara Migdol dan laut; tepat di depan Baal-Zefon berkemahlah kamu, di tepi laut. Maka Firaun akan berkata tentang orang Israel: Mereka telah sesat di negeri ini, padang gurun telah mengurung mereka.(14:1-3). Ini adalah strategi perang Elohim melawan tentara Firaun.

Dengan kata lain, orang Israel tiba pada suatu tanah lapang di tepi laut (haruslah) setelah melewati suatu daerah yang dikelilingi gunung-gunung tinggi yang mana mereka nampak terjebak – tidak ada jalan keluar untuk melarikan diri: didepan laut, kiri-kanan gunung/bukit dan tentara Mesir di belakang mereka. Lihat gambar di bawah ini.

tempat-penyeberangan-di-mesir

Gambar satelit Wadi Watir dan Pantai Nuweiba, dilihat dari utaraPantai Nuweiba; dilihat dari laut

Saat penyeberangan, ditengah Laut Merah atau Teluk Aqaba

Firaun mengejar orang Israel, Ia berangkat dengan semua keretanya, termasuk enam ratus kereta istimewa, yang dikendarai oleh para perwiranya. (14:7) (BIS: bahasa Indonesia Sehari-hari)
And he took six hundred chosen chariots, and all the chariots of Egypt, and captains over every one of them. (KJV) *

Peristiwa keringnya Laut Merah ini, terbukti secara ilmu pengetahuan. Belum lama ini US National Center for Atmospheric Research (NCAR) melakukan recontruksi peristiwa Exodus ini melalui komputer dan menyatakan: “The simulations match fairly closely with the account in Exodus. The parting of the waters can be understood through fluid dynamics. The wind moves the water in a way that’s in accordance with physical laws, creating a safe passage with water on two sides and then abruptly allowing the water to rush back in.” BBC 21 September 2010.

Ini terjadi saat orang Israel berkemah di tepi laut, dekat Pi-Hahirot di depan Baal-Zefon (9). Berfirmanlah YAHWEH kepada Musa: … Katakanlah kepada orang Israel, supaya mereka berangkat. Dan engkau, angkatlah tongkatmu dan ulurkanlah tanganmu ke atas laut dan belahlah airnya, sehingga orang Israel akan berjalan dari tengah-tengah laut di tempat kering. (14:15-16). Orang Mesir mengejar dan menyusul mereka–segala kuda Firaun, keretanya dan orangnya yang berkuda–sampai ke tengah-tengah laut. (14:23) Setelah orang Israel sampai di seberang, Musa atas perintah YAHWEH mengulurkan tangan kembali kearah laut dan air kembali bersatu memusnahkan seluruh orang Mesir dan kereta mereka (24-28). Bukankah Engkau yang mengeringkan laut, air samudera raya yang hebat? yang membuat laut yang dalam menjadi jalan, supaya orang-orang yang diselamatkan dapat menyeberang? (Yes 51:10)

Teluk Aqaba juga bagian dari Laut Merah bisa diketahui dari sini, Raja Salomo membuat juga kapal-kapal di Ezion-Geber yang ada di dekat Elot, di tepi Laut Teberau, di tanah Edom.(1Ki 9:26). Elot atau Eilat adalah daerah Israel yang paling selatan dan berlokasi ditepi pantai.

jejak-kereta-perang-di-dasar-laut

Ahir tahun 70, Ron membawa poros roda kereta kuda yang berjari delapan yang ia temukan didasar Laut Merah ini ke Kairo, bertemu dengan Nassif Mohammed Hassan, Direktur Barang-barang Antik dengan siapa ia telah bekerja sama. Bapak Hassan setelah meneliti sebentar dan mengatakan bahwa itu adalah poros roda kereta kuda dari Dinasty ke 18. Ketika Ron bertanya, bagaimana temannya ini bisa tahu dengan segera, temannya menerangkan bahwa poros roda berjari delapan telah hanya digunakan selama Dinasty ke 18 – saat Keluaran/ Exodus terjadi. Dari penelitian Ron selanjutnya tentang kereta kuda Mesir, ia juga menemukan dari dasar Laut Merah poros roda yang berjari-jari 4 , 6 dan 8, ini meneguhkan ayat 14:7 di atas, semua keretanya termasuk 600 kereta istimewadari ayat itu nampak ada sedikitnya dua macam jenis kereta perang.

Penemuan yang luar biasa juga adalah bahwa tempat di mana mereka menyeberang 3d penyeberang Laut Merah merupakan ’jembatan’ dasar laut! Melalui teknologi modern didapatkan bahwa bentuk dasar permukaan laut seperti nampak pada gambar di samping ini:

  • panjang penyeberangan: 17,7 km (11 mil)
  • lebar ’jembatan’ laut: antara 11-16 km (7-10 mil)
  • kedalam air laut pada ‘jembatan’ laut yg terdalam: 800 mt (½ mil)

Teluk Aqaba ini cukup dalam, pada bagian tertentu kedalamanya lebih dari 1600 meter, seperti nampak pada kiri dan kanan jembatan dasar lautnya.
YAHWEH tahu segala sesuatu!,

  • termasuk masa depan: sementara Abraham putus asa tidak punya anak, IA telah memberitahukan bahwa keturunan-nya akan diperbudak di negara asing, lama perbudakanpun IA tahu! (Kej 15:13-18)
  • bahkan dunia di bawah laut! Sebab IA adalah penciptanya; Akulah YAHWEH, Yang Mahakudus, Elohimmu, Rajamu, yang menciptakan Israel.”.., yang telah membuat jalan melalui laut dan melalui air yang hebat, (Yes 43:15-16)

* ) ITB menterjemahkan lain, tertulis: “Ia membawa enam ratus kereta yang terpilih, ya, segala kereta Mesir, masing-masing lengkap dengan perwiranya. Semua terjemahan Inggris memguatkan terjemahan BIS (Bahasa Indonesia Sehari-hari)

Setelah menyeberang Laut Merah

Tahun 1978, ketika Ron Wyatt telah menemukan bagian dari kereta perang di Teluk Aqaba ( bagian barat dari Laut Merah) ia tahu bahwa Gunung Sinai haruslah berada pada pantai yang berlawanan yaitu di Arab Saudi. Bagaimana dengan cerita tradisi yang mengatkan bahwa Gunung Sinai, dimana Musa mendapatkan dua batu loh, berlokasi di Dataran Sinai di Mesir (wilderness of the Red sea), daerah diantara kedua tangan Laut Merah, dimana terletak Gedung biara St. Catherine (dibangun antara 527-565 AD atas perintah ratu Helena, ibu dari kaisar Constantine)? Baca No Evidence, Archaeologists say (di Mesir!)

Lalu Musa membawa bangsa itu keluar dari perkemahan untuk menjumpai Elohim dan berdirilah mereka pada kaki gunung. Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, karena YAHWEH turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapur, dan seluruh gunung itu gemetar sangat. (19:17-18) Gunung Sinai melted (lumer) KJV; flowed (mengalir; seperti larva) The Sciptures (Hakim 5:5); gunung yang dibakar oleh api (Ibr 12:18, KJV). Berdasarkan ayat-ayat Alkitab enam tahun kemudian setelah penemuan roda-roda kreta perang, tahun 1984ia menemukan Gunung Sinai yang sebenarnya. Ditemukan juga suatu bukit batu yang bergambar 12 lembu yang ia percayai sebagai tempat diletakkannya dewa Lembu Emas dan tumpukan batu-batu di kaki bukit ini dipercayai sebagai altarnya (Kel 32:5) dan juga puncak gunung batu yang terbelah, dari mana air keluar setelah Elohim memerintahkan Musa untuk memukul batu agar umat-Nya bisa minum juga ditemukan (Kel 17:6; Maz 105:41)

gunung-sinai-yang-terbakar

Gambar Puncak gunung Sinai yang hitam karena terbakar

Ayat-ayat yang meneguhkan bahwa Gunung Sinai yang benar berada di wilayah Arab Saudi dan bukan di Mesir:

  • Tetapi Musa melarikan diri … dan tiba di tanah Midian. Tinggal 40 tahun bersama seorang imam di Midian bernama Rehuel (Teman Elohim, artinya) nama lainnya Yitro dan menikah dengan putri sulungnya (2:15,21)
  • Musa menamai putra pertamanya Gersom, sebab katanya: “Aku telah menjadi seorang pendatang di negeri asing.” (2:22; Kis 7:29,30). Ia tidak berada di Mesir sekalipun ‘warga-negara’ Mesir (2:19)
  • Adapun Musa, ia biasa menggembalakan kambing domba Yitro, mertuanya, imam di Midian. … ia ke gunung Elohim, yakni gunung Horeb. YAHWEH bicara kepadanya melalui semak yang terbakar. “Inilah tanda bagimu, bahwa Aku yang mengutus engkau: apabila engkau telah membawa bangsa itu keluar dari Mesir, maka kamu akan beribadah kepada Elohim di gunung ini.” (Kel 3:1-12)
  • Rehuel atau Yetro , imam di Median (mertua Musa), berasal dari kota Al Bad. Jarak kota ini dengan Gunung Sinai (Jabel el Lawz, namanya dalam bahasa Arab), hanyalah 24 km / 15 mil
  • Josephus: (sejarawan Yahudi ) Gunung Sinai adalah gunung tertinggi di kota Median
  • Philo berkata Gunung Sinai berlokasi di timur Dataran Sinai dan selatan Palestina (Israel)
  • Hagar ialah gunung Sinai di tanah Arab (Gal 4:25)


Sila ke sumber ASAL:
http://senjatarohani.wordpress.com/2009/01/13/rute-keluar-orang-israel-dari-mesir-penemuan-baru/

Sabtu, 14 Januari 2012

CARI...Apa itu Salaf, Salafiyyah dan siapa Salafi


Apa itu Salaf,Salafiyyah dan siapa Salafi Dan Nama-Nama Lain Bagi Mereka.

Ramai di kalangan para penuntut ilmu yang terkeliru apabila disebut kepada mereka tentang perkataan Salaf, pelbagai definisi dan takrif yang keluar dari mulut-mulut kebanyakan mereka yang tidak berdasarkan dalil dan hujjah malah hanya mengikuti hawa nafsu,emosi dan kejahilan.Dalam permasalahan ini mereka terbahagi kepada beberapa kelompok yang masing-masing cuba menafsirkan golongan yang membawa panji-panji al-Quran, al-Sunnah dan kefahaman salafussoleh dengan pelbagai label seperti golongan wahhabi, golongan muda, salafi wahabi, salafi syadid,jalur keras,ekstrim,pemecah belah dan pelbagai label lagi.

Apa itu Salaf,Salafiyyah dan siapa Salafi ?

Salaf menurut bahasa arab bermaksud golongan atau kaum terdahulu(nenek moyang)ataupun sesiapa sahaja yang mendahului kita sama ada ibu bapa kita atau kaum kerabat kita

[ Lisanul`Arab, 9/158,Qamus al-Muhit, 2/391]

Menurut istilah pula,Salaf bermaksud generasi pertama dan terbaik dari kalangan umat Islam, yang terdiri dari Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam, para Sahabat, Tabi`in, Tabi` at-Tabi`in, dan para pengikut mereka yang terdiri daripada para ahli Hadith, imam-imam yang membawa petunjuk pada tiga kurun pertama yang dimuliakan oleh Allah ta`ala.Dasarnya ialah firman Allah ta`ala:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

[ At-Taubah:100 ]

Mereka ialah golongan yang mendahului umat ini dalam menyahut seruan Islam, Iman, berjihad dan menegakkan agama Allah.Tidak syak lagi mereka ialah para sahabat Nabi sallallahu`alaihiwasallam.

[ Taysir al-Karim ar-Rahman Fi Tafsir Kalam al-Mannaan, Dar al-Hadith, ms 365]

Tidak perlu dinafikan lagi merekalah yang disebut Salafussoleh yang mendahului kita dalam akidah, ibadah, jihad dan perjuangan.Mereka meredhai Allah dan Allah meredhai mereka dan menjanjikan mereka ganjaran syurga begitu juga bagi sesiapa yang sudi dan hendak mengikuti dan menyelusuri jalan mereka.Jaminan ini dikuatkan lagi dengan pengakuan dan jaminan Nabi sallallahu`alaihiwasallam seperti dalam sabda baginda :

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku ini(para sahabat)kemudian yang setelahnya(Tabi`in),kemudian yang setelahnya( Tabi`tabi`in).

[ HR Bukhari no: 3322, 3458, Muslim no: 4601 ]

Merekalah sebaik-baik manusia yang wajib kita contohi dan ikuti dalam akidah,ibadah, dakwah dan akhlak kita, hal ini kerana ianya merupakan Siratul Mustaqim (jalan yang lurus), dan merupakan perintah yang datang dari Allah ta`ala dan RasulNya agar mengikutinya.
Salafi dan penisbahan golongan yang menisbahkan dengan nama ini juga adalah sesuatu yang ditunjuk oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam bukan sepertimana sangkaan sesetengah pihak yang memandang ianya sesuatu yang tiada dasar dalam agama hal ini dibuktikan oleh perkataan baginda sallallahu`alaihiwasallam kepada puteri kesayangannya Fatimah radiallahu`anha:

نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ

Sebaik-baik Salaf bagi engkau ialah aku.

[ HR Bukhari no:6285,Muslim no:2450 ]

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah:

Bukanlah menjadi satu keaiban ke atas sesiapa yang menzahirkan Mazhab Salaf,dan menisbahkan kepadanya dan berbangga dengannya,bahkan wajib menerimanya dengan kesepakatan,kerana Mazhab Salaf tidaklah ada melainkan ianya benar.

[ Majmu` Fatawa 4/149 ]

Perlu diperbetulkan juga bahawa mereka bukanlah satu pertubuhan berdaftar,organisasi,gerakan teroris atau parti politik seperti difahami segelintir orang.Mereka disebut salafi kerana mereka mengikuti manhaj Salafussoleh iaitu para sahabat, Tabi`in,Tabi`tabi`in kemudian para imam dan ulama`yang mengikuti manhaj mereka hingga hari kiamat.Selain dari menisbahkan diri mereka kepada Salaf mereka juga terkenal dengan beberapa nama lain yang juga diambil berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan kefahaman Para Sahabat, antara lain ialah:


1. Ahli Sunnah wal Jama`ah

Nama ini adalah nama yang paling dominan sehingga ramai kelompok sesat dan menyeleweng turut mendakwa mereka adalah ahli Sunnah.Dasar nama ahli Sunnah wal Jama`ah ini berdasarkan firman Allah ta`ala:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ

pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram

[ Ali-Imraan:106 ]

Berkata Ibnu `Abbas radiallahu`anhuma: iaitulah pada hari Kiamat kelak, ketika muka-muka ahli Sunnah wal Jama`ah putih berseri, manakala muka-muka ahli Bid`ah wal-Firqah hitam dan muram

[ Tafsir al-Quran al-`Azhim,Ibn Kathir, 2/91 ]

Daripada Anas bin Malik Radiallahu`anhu,katanya: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah bersabda:

إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ افْتَرَقَتْ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَإِنَّ أُمَّتِي سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kelompok, dan sesungguhnya ummatku akan berpecah kepada tujuh puluh dua kelompok kesemuanya di dalam neraka kecuali satu iaitulah Al-Jamaah

[ HR Ibn Majah no:3983,Abu Dawud:3981,At-Tirmidzi no:2565.dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalamSilsilah As-Shahihah ]

Dalam riwayat At-Tirmidzi:

وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Sahabat bertanya: Siapakah Dia (Al-Jamaah itu) wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.


Firman Allah Ta`ala:

يَوْمَ نَدْعُوا كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ

(ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia Dengan nama imamnya;

[ Al-Isra`:71]

Berkata sebahagian Salaf: Ini merupakan kemuliaan yang terbesar bagi Ahli Hadithkerana Imam mereka ialah NabiSallallahu`alaihiwasallam.

[Tafsir Al-Quran Al-`Azhim, Ibn Kathir 5/103 ]

Berkata Syeikhku, Al-Muhaddith Syeikh Yahya bin Ali Al-Hajurri Hafizahullah ketika menafsirkan ayat dia atas dalam pelajaran Tafsir Ibn Kathir: Maka perkataan sebahagian Salaf ini rahimahumullah tidak ada syak lagi akan kebenarannya,akan tetapi ayat ini umum meliputi golongan awam di kalangan Ahli Tauhid.[ -selesai perkataan beliau-]

Mereka juga dikenali dengan ahlul Hadith disaat ramai manusia yang menolak hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam dan tidak mahu beramal dengannya.Dasarnya ialah hadith:

لَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ

Sentiasa ada segolongan dari ummatku yang selalu menegakkan perintah Allah, tidak akan mencelakai mereka orang yang tidak menolong mereka dan orang-orang yang menyelisihi mereka sampai datang perintah Allah dan mereka tetap berada di atas yang demikian itu.

[ HR Bukhari no:3369,6906, Muslim no: 3544, 3548 ]

Berkata Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah:

إِنْ لَمْ يَكُونُوا أَهْل الْحَدِيث فَلَا أَدْرِي مَنْ هُمْ

Kalaulah mereka bukan ahli Hadith maka aku tidak tahu siapa lagi mereka.

[ Fathul Bari, Ibn Hajar al-`Asqalani 20/368 ]

Begitu juga yang berpendapat mereka adalah ahli hadith ialah `Ali Ibn al-Madini dan Imam al-Bukhari.

[ Tuhfatul al-Ahwazi, 6/11 ]

Berkata Qadhi al-`Iyyadh: Sesungguhnya apa yang dimaksudkan oleh Imam Ahmad ialah mereka ialah sesiapa sahaja yang beri`tiqad(berpegang,berkeyakinan,melazimi)mazhab ahli Hadith.

[ Syarah Shahih Muslim An-Nawawi, 6/400 ]

Berkata Ibn Qutaibah Rahimahullah:

Adapun ahli Hadith sesungguhnya mereka mencari al-Hak (kebenaran) dalam segenap aspek dan mereka mengikutinya daripada keyakinannya dan mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan ittiba`nya(mengikuti)sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan pencarian mereka terhadap Athar-atharnya,dan khabar-khabarnya baik melalui jalan daratan mahupun lautan,baik timur ataupun barat, dikalangan mereka terdapat yang berjalan kaki dengan penuh semangat semata-mata untuk mencari satu khabar atau satu As-Sunnah sehingga dia mengambilnya daripada perawinya secara musyafahah(langsung) kemudian mereka terus menerus menyelidiki tentang khabar-khabar dan mengkajinya sehingga mereka mengetahui yang shahihnya dan yang dha`ifnya yang nasikhnya dan mansukhnya dan mereka mengetahui sesiapa yang menyelisihinya di kalangan Fuqaha` (ahli fiqh) yang menggunakan ar-ra`y(pemikiran) dan mereka memperingatkan hal tersebut sehingga terbit kebenaran ketika dulunya terhapus dan ianya menjadi tinggi selepas ianya dipelajari dan dikumpulkan yang mana sebelumnya ianya terpisah-pisah dan berpecah-pecah dan kritikan terhadap As-Sunan bagi sesiapa yang berpaling terhadapnya dan memperingati ke atasnya bagi sesiapa yang dalam keadaan lalai dan berhukum dengan perkataan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam sedangkan sebelumnya mereka berhukum dengan perkataan fulan dan fulan…..[ selesai perkataan beliau ]

[ Ta`wil Mukhtalaf Hadith: 73 ]


3. Tho`ifah al-Mansurah(Golongan yang Mendapat Pertolongan)

Mereka juga disebut sebagai Tho`ifah al-Mansurah, iaitulah kelompok atau golongan yang diberi pertolongan oleh Allah ta`ala,hal ini berdasarkan hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Sentiasa akan ada segolongan dari ummatku mereka diberikan pertolongan dan tidak dapat mencelakai mereka orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datangnya hari kiamat.

[ HR Ibn Majah no:6,Shahih Sunan Ibn Majah , 1/78 ]

4. Ghuraba`( Golongan Yang Asing)

Mereka juga disebut sebagai Ghuraba` kerana betapa asingnya mereka disisi manusia, Hal ini sepertimana hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Islam bermula dengan asing, dan nanti akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah bagi al-Ghuraba`(Orang-orang yang asing)

[ HR Muslim no:208 ]

Al-Ghuraba` sepertimana yang dijelaskan oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي

Mereka ialah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosakkan oleh manusia selepas peninggalanku

[ HR Tirmidzi no:2554, Berkata Imam Tirmidzi: Hadith ini Hasan Shahih ]

Dalam riwayat lain disebut:

أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِي أُنَاسِ سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ

Orang-orang yang shalih yang berada di tengah-tengah banyaknya orang-orang yang jelek, orang yang menentang mereka lebih banyak dari yang mentaati mereka.

[ HR Ahmad no:6362 ]

Di dalam kitab al-I`tishom, Imam Syatibi rahimahullah membawakan satu riwayat yang menjelaskan lagi maksud al-ghuraba`;

الذين يحيون ما أمات الناس من سنتي

Iaitulah mereka yang menghidupkan sebahagian Sunnahku yang telah dimatikan.

Berkata Muhaddith Syam Syeikh Salim bin `Eid Al-Hilali Hafizahullah:

Mereka ialah sesiapa yang berjalan di atas manhaj Sahabat, dan Tabi`in (mereka yang mengikuti sahabat) dengan baik dalam berpegang dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, dan mendahulukan keduanya di atas kesemua perkataan baik dalam manhaj, atau`Akidah, atau `ibadah, atau mu`amalah, atau akhlak, atau siasah, atau setiap urusan daripada urusan-urusan kehidupan baik yang kecil mahupun besar.

[ Al-Jama`aat Al-Islamiyyah Fi Dhau` Al-Kitab wa As-Sunnah bifahmi Salafil Ummah:59 ]

Berkata Muhaddith Yaman Al-Imam Muqbil Al-Wadi'i Rahimahullah :

"Dan diantara yang wajib diperhatikan adalah bahawa semua kelompok menyatakan dirinya sebagai Firqatun An-Najiyah. Akan tetapi Al-Kitab dan As-Sunnah telah menjelaskan tentang siapakah Firqatun An-Najiyah ini". Kemudian beliau berdalil dengan surah Al-'Asr dan Al-Mu'minun ayat 1-11 dan menyebutkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari:
(كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى). قالوا: يا رسول الله ومن يأبى؟ قال: (من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى)

"Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan." Mereka (para shahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Maka dijawab: "Barangsiapa mentaatiku, maka dia akan masuk Syurga dan barangsiapa bermaksiat kepadaku, maka dia sungguh telah enggan (untuk masuk Syurga)."

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya: "Maka siapa saja yang terpenuhi padanya sifat-sifat yang tersebut di dalam surat Al-'Asr dan Al-Mu'minun serta hadith ini, maka dia termasuk Firqatun An- Naajiyah, dan orang yang paling dekat dalam memenuhi sifat-sifat tersebut adalah ahli hadith."

[Riyadhul Jannah Fi Radd `Ala `Aadaais-Sunnah:23 ]

Benarlah memang mereka golongan yang asing ini ialah mereka yang soleh(baik) sentiasa berpegang dan mengamalkan Tauhid dan sunnah ketika ramai manusia yang mengamalkan syirik, bid`ah dan maksiat, mereka sentiasa kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah serta kefahaman Salafussoleh apabila berlaku perselisihan di kalangan mereka. Mereka berpegang teguh dengan Al-Jamaah .Mereka menjauhi perpecahan dan Hizbiyyah Bilangan mereka sangat sedikit berbanding golongan yang mencela,menentang dan mengingkari mereka.


23 Jamadil Akhir 1432H/26 Mei 2011M

Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah
http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/05/apa-itu-salafsalafiyyah-dan-siapa.html




Khamis, 12 Januari 2012

ILMU KEBAL

ILMU KEBAL




MINYAK DAGU



Tarekat



MINUM AIR ZAM ZAM




DAKWAH



membelasah syaitan di asrama Tahfiz Aszaharah





MEMANCUNG SYAITAN


SYAITAN GHAIB ATAU TIDAK?




http://ilmuhaq.blogspot.com/



PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN




Apa itu Islam?



ILMU TAUHID



http://ilmuhaq.blogspot.com/
Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash

A Film On The Life Of Holy Prophet Mohammed(P.B.U.H) Movie: The Message(In English)

http://www.tubeislam.com/
View Larger Map # Ceramah Melayu # Ceramah Inggeris # Bacaan Zikir, Selawat, Doa Qunut, Qasida & Nasyid # Bahan Teks dan Dokumen http://habibahmadismail.com/ website website website http://muhdkamil.org/ http://fenditazkirah.blogspot.com/2012/11/hijrah.html klik stop radio

Popular Posts

Blog list