Pada 2 Jun 1798 Napoleon Bonapart
bersama angkatan tenteranya mendarat di Alexandria dan terus mara ke Kaherah.
Sebulan selepas itu atau tepatnya pada 2 July 1798 Napoleon Bonapart
mengumumkan kepada dunia bahawa dirinya sudah menjadi seorang Islam. Antara
kata-katanya.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang, tiada Tuhan selain Allah, ia tidak beranak dan ia mengatur
segala makhluknya tanpa pendamping”.
Katanya lagi. “Dengan penuh kepastian
saya menjelaskan kepada anda bahawa saya adalah seorang Muslim. Dan saya
memuliakan Nabi Muhamad serta mencintai orang-orang Islam.”
Seterusnya beliau mengumumkan nama
barunya Ali Napoleon Bonapart. Tindakan beliau seterusnya menghapuskan tentera
salib di tanah jajahannya termasuk Eropah, Afrika Utara dan Mesir.
Berita Napoleon Bonapart menjadi
Muslim disiarkan dalam harian resmi Prancis, Le Moniteur Universel. Disebutkan
bahwa Napoleon resmi menjadi Muslim pada 1798. Berita inilah yang kemudian
dimuat dalam buku Satanic Voices - Ancient and Modern karya David Musa Pidcock
yang terbit pada tahun 1992.
Kisah Napoleon Bonapart masuk Islam
turut dimuat dalam buku Bonaparte and Islam atau versi Prancisnya, Bonaparte et
Islam, tulisan Christian Cherfils.
Selama berada di Mesir Ali Napoleon
Bonapart sering menghadiri majlis ilmu termasuk sambutan maulidur rasul dan
beliau memakai jubah dan serban.
Tiga tahun sahaja Ali Napoleon
Bonapart berada di Mesir selepas itu beliau pulang ke Perancis dan melantik
wakilnya untuk memerintah Mesir. Tidak lama kemudian British berjaya menghalau
askar Perancis dari Mesir.
Ada yang mengatakan Ali Napoleon
Bonapart mengaku Islam hanya sebagai retorik untuk menarik hati rakyat Mesir
supaya menyokongnya. Siapalah kita menuduh Ali Napoleon Bonapart hanya
pura-pura dan tidak ikhlas dalam ucapannya.
Nabi Muhamad saw sendiri membebaskan
tawaran perang atau musuhnya apabila mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan
mengaku Muhamad itu pesuruh Allah. Ada sahabat berkata, mungkin itu helah musuh
untuk melepaskan diri. Kemudian mereka berpaling tadah semula.
Kata nabi, kita harus menerima
pengakuannya selepas itu atau apa yang berlaku selepas itu adalah urusan antara
dia dengan Allah…
Kasih sayang Nabi Muhamad saw itu
dicontohi pahlawan Islam selepas baginda wafat termasuk Salahuddin Al Ayubi
yang mana setelah berjaya menakluk Jerusalem, tawanan perang yang mahu masuk
Islam dibebaskan…
Kalau tawanan perang yang mengaku
Islam dibebaskan apatah lagi pemimpin atau pemerintah seperti Napoleon Bonapart
yang mengaku tidak ada tuhan selain Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah…
Penulisan novel Napoleon Bonapart
sudah siap semoga dapat diterbitkan tidak lama lagi…