Menyingkap Sejarah Syiah (Full) - Ustaz Salman Ali
Ustaz Salman Ali mengupas sejarah syiah dan menjawab persoalan syiah yang sesat lagi menyesatkan. Lokasi : Palm City Garden, Doha Qatar.
Sejarah Kelahiran Mazhab (part 2) - Ustaz Salman Ali
TANDA-TANDA..... TERJEBAK DENGAN SYIAH!! wajib baca!!!
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang
menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda
sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imammahdi).
Maklumat lanjut berkenaan Syiah bolehdidapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com/
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com/
4. http://www.hakekat.com/
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/
12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali
dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana
sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq.
Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan
‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.Mereka percaya Imam Kedua Belas
(Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam
Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan
sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum
kiamat).Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan
al-Qur’an,kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar,
‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain,
kemaksuman (tidak berdosa) para imam.Fahaman Syi’ah dipercayai mula
merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada
tahun 1979.
Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui
propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet,
orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang
dari Iran dan sebagainya.Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas
apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan
peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di
Institut Pengajian Tinggi.
Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan,
Selangor dan lain-lain.-sumber