Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu
pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal
Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba
senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander
itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak
melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak
sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu
masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???
Allahu Akhbar!
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan
Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.
Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda
menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu
berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang
sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih
seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam
ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel
yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan
laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza
yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah
(keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan
dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari
penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program
“Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang
disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang
pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari
kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya
serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang
sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut
terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat
keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan
tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut
dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel,
datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke
tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para
mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom
oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel).
Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi
tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang
beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi
mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para
mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa,
memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa
matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan
melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka
lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala
tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa
kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza,
pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai
dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh
ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam
peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan
Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid
Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih
dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih
putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza.
Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan
dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah
benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala
sesuatu. ” (Fussilat:52).
sumber: http://www.mazeermohamad.com/