VIDIO PILIHAN

Cari Blog Ini

TV @ FARDHU TV online- Saudi Quran tv channel live online

CLIK TONTON TV ISLAM
Memaparkan catatan dengan label Abdullah Ibnu Ummi Maktum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abdullah Ibnu Ummi Maktum. Papar semua catatan

Isnin, 20 Ogos 2018

Kisah Abdullah Ibnu Ummi Maktum

Kisah Abdullah Ibnu Ummi Maktum
Yang Buta Tapi Celik Mata Hatinya


Abdullah Ibn Ummi Maktum yang nama sebenarnya adalah Abdullah ibnu Umar ibnu Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang juga sepupu kepada isteri Rasululah ﷺ, Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra.. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya bernama ‘Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya (Abdullah Ibnu Ummi Maktum) lahir dalam keadaan buta matanya.

Pada awal sejarah permulaan Islam di Makkah, Ibnu Ummi Maktum memperoleh hidayah untuk turut sama menyertai orang-orang yang telah menganut Islam. Ketika itu beliau masih muda belia, dan qolbunya benar-benar merasai kemanisan iman yang sebenar.


Apabila meningkat ke usia dewasa, beliau berasakan bahawa ajaran Islam telah menjadikan hatinya bersih. Walaupun matanya buta, namun beliau tidak pernah kecewa dengan perkara itu kecuali dirasakan sebagai nikmat besar yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada dirinya. Di mana dengan sebab itu Allah سبحانه وتعالى memberinya kemampuan melihat ajaran kebenaran dengan pancaran mata hatinya. Dengan itu, beliau dapat memahami makna yang hakiki daripada firman Allah سبحانه وتعالى.
أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ ﴿٤٦﴾

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka melakukan perjalanan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, dan ada telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) Sesungguhnya, bukanlah matanya yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada di dalam dada.” [QS Al Hajj / 22: 46]

Kemudian, timbul keyakinan di dalam hati Ibnu Ummi Maktum bahawa Allah سبحانه وتعالى memberikannya keistimewaan iaitu kelebihan yang diberikan juga kepada orang-orang buta seperti beliau atas manusia lain. Allah سبحانه وتعالى akan membalas mereka dengan pahala syurga selepas beliau mendengar hadis berikut:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, “Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah ﷺ, yang ketika itu Ibnu Ummi Maktum sedang bersama baginda.”

Rasulullah ﷺ lalu bertanya, “Sejak bilakah pandanganmu buta?”
Jawabnya, “Sejak aku kecil.”
Rasulullah ﷺ berkata, “Firman Allah سبحانه وتعالى: “Jika aku mengambil suatu kemuliaan seorang hamba, nescaya AKU tidak akan memberi dia pengganti selain pahala syurga …”

Kumpulan Pertama Memeluk Islam


Abdullah Ibnu Ummi Maktum termasuk kumpulan yang pertama memeluk Islam. Beliau merasai segala jenis suka duka kaum muslimin di Makkah ketika itu. Beliau turut menderita akibat seksaan kaum Quraisy, berupa penganiayaan dan pelbagai macam tindakan kekerasan seperti dialami para sahabat Muslim yang lain.

Namun Abdullah Ibnu Ummi Maktum tidak pernah goyah dan melemahkan keimanannya. Malah beliau semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Beliau semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering menghadiri majlis Rasulullah ﷺ. Setiap waktu terluang sentiasa disinya dengan beramal dan setiap kesempatan sering digunakan untuk menambah ilmu tentang Islam.

Rasulullah SAW Memuliakan Abdullah Ibnu Ummi Maktum

Di zaman permulaan tersebut, Rasulullah ﷺ kerap mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy kerana mengharapkan mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah,’ Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid). Rasulullah ﷺ berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat teringin agar mereka semua menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Ketika Rasulullah ﷺ sedang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwah, tiba-tiba Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran.

Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”

Abdullah bukan tidak tahu dan melihat bahawa adanya tetamu besar bersama baginda Nabi tetapi jiwanya yang setiap hari merindui ayat-ayat al-Quran menjadikan raganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.

Rasulullah ﷺ mengelak dan tidak mempedulikan permintaan Abdullah kerana sangat sibuk bercakap malah berpaling lalu meneruskan pebicaraannya bersama para pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, kedudukan Islam bertambah kuat dan syiar dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah ﷺ cuba hendak berlalu pulang, tetapi secara tiba-tiba penglihatan baginda gelap dan kepala baginda terasa sakit seperti terkena pukulan.

SELANJUTNYA:https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/02/10/kisah-abdullah-ibnu-ummi-maktum-yang-buta-tapi-celik-mata-hatinya/ 

https://archive.org/details/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlAffasy/083.mp3

Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash

A Film On The Life Of Holy Prophet Mohammed(P.B.U.H) Movie: The Message(In English)

http://www.tubeislam.com/
View Larger Map # Ceramah Melayu # Ceramah Inggeris # Bacaan Zikir, Selawat, Doa Qunut, Qasida & Nasyid # Bahan Teks dan Dokumen http://habibahmadismail.com/ website website website http://muhdkamil.org/ http://fenditazkirah.blogspot.com/2012/11/hijrah.html klik stop radio

Popular Posts

Blog list